SALAM MESRA DARIPADA CEO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam era globalisasi di mana dunia tanpa sempadan, akan wujud persaingan yang hebat (stiff competition) diantara organisasi di dunia. Hanya organisasi- organisasi yang cemerlang sahaja yang akan kekal (survive). Organisasi yang cemerlang ini disokong oleh pekerja-pekerja yang memberikan komitmen sepenuh jiwa mereka.

Dalam konteks ini, pendekatan Modal Insan (Human Capital Approach) amatlah penting di dalam menentukan kelangsungan (continuity) organisasi yang cemerlang.

Pendekatan Modal Insan pernah diungkapkan oleh Dr. Paul W. Mulvey daripada Carolina State University,

"Adopting a human capital approach means viewing employees as an investment to be optimized rather than a cost to be minimized. Its means considering dollars spent on recruiting, protecting, developing, motivating and retaining employees like investments in capital equipment or plant expansion - as expenditures with an expected payback within a certain time period. When done correctly, such an analysis will yield a true business case for decision making."
(Compensation And Benefits Review : January / February 2000, USA)

Menyedari hakikat tentang kepentingan membina modal insan ini, maka adalah wajar sekali setiap organisasi melabur di dalam bidang keilmuan. Penyebarluasan ilmu kepada seluruh warga organisasi dapat dilakukan melalui penganjuran pelbagai program latihan. Kemuncak daripada perlaksanaan latihan ini ialah di mana semua warga organisasi mempunyai kesedaran kepentingan ilmu, penghayatan ilmu dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari itu. Dengan mempraktikkan ilmu tersebut, dapatlah warga organisasi membangunkan organisasi mereka serta memajukan diri mereka seiring dengan kejayaan organisasi dan memberi impak besar kepada tercapainya Wawasan 2020.

Dalam konteks latihan ini, Wealth Link Freedom Sdn Bhd bersedia untuk bekerjasama dengan pihak organisasi anda bagi menganjurkan program-program latihan demi kemajuan organisasi anda.

Keunikan Wealth Link Freedom Sdn Bhd berbanding dengan syarikat-syarikat penyedia latihan lain di Malaysia ialah di mana pihak kami bukan sekadar menyediakan program-program latihan yang berkualiti bahkan kami juga memberikan khidmat rundingcara pelaburan hartanah. Realisasikanlah impian anda untuk menjadi JUTAWAN HARTANAH! Anda boleh menjadi JUTAWAN secara memiliki rumah kediaman ataupun membeli banglo lot Rezab Melayu berhampiran/pinggiran Putrajaya. Jika anda mempunyai tanah yang baik di segi lokasinya, anda juga boleh bekerjasama dengan kami bagi membincangkan kemungkinan mengadakan projek usahasama (Joint-Venture) dengan syarikat-syarikat perumahan yang bersekutu dengan kami. Melalui projek usahasama ini pihak anda berpeluang menjadi JUTAWAN, insyaallah.

Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. untuk kejayaan dan kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat.

Dr. Hj. Mohd Sobree Hj. Ali

PhD (USA), M.A. (UM), B.A. (Hons) (UM).
Dip. Trg. Mgmt. (UK), Cert. Trg. Development (UK).
Pengarah Urusan
Wealth Link Freedom Sdn Bhd